10 Pekerjaan Gaji Paling Tinggi di Malaysia

Gaji Paling Tinggi di Malaysia
Mengikut laporan yang dikeluarkan di Berita Harian baru-baru ini, purata gaji graduan baharu di Malaysia sekitar RM2,100 sahaja.

Gaji yang sedikit ditambah pula majikan yang pentingkan tahun pengalaman seseorang berbanding ijazah yang dimiliki tentunya menjadi faktor sukar mendapat kerja di sektor swasta. Berbeza di sektor kerajaan, untuk masuk kerja kerajaan perlu melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) – itu juga masalah buat graduan sampaikan ada yang 5-6 kali minta tetapi masih gagal.

Mungkin post kami sebelum ini boleh membantu anda yang mahu kerja di sektor awam tanpa melalui SPA:

 10 pekerjaan tawar gaji paling tinggi

Berikut merupakan senarai 10 pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di Malaysia. Senarai ini dikeluarkan oleh portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.

PekerjaanGaji
FarmasiRM 3,640
Strategi KorporatRM 3,200
Perkhidmatan KewanganRM 3,054
DoktorRM 2,719
Jualan - Kejuruteraan/ITRM 2,612
GeofizikRM 2,600
PenerbanganRM 2,533
Sains AktuarialRM 2,475
KorporatRM 2,456
IT - PerisianRM 2,452

Kaji selidik berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013 mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi, dengan gaji purata RM2,800 sebulan.

3 Comments

  1. Aya 7 April 2015
  2. Hanitaf Run 3 June 2015

Leave a Reply