Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

pegawai-penerangan-s41
Tarikh peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan S41 sudah pun ditetapkan pada 17 April 2017. Dianggarkan seramai 4,000 orang calon akan menduduki peperiksaan kali ini. Berdasarkan info yang kami terima, peperiksaan ini akan diadakan di pusat-pusat peperiksaan SPA negeri.

Calon-calon boleh membuat semakan jadual peperiksaan tersebut melalui link di bawah:

Makluman penting bagi calon peperiksaan Pegawai Penerangan S41, anda perlu LULUS dengan cemerlang bagi menjawat jawatan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 seterusnya berkhidmat di sektor awam.

RUJUKAN: Maklumat mengenai tugas seorang Pegawai Penerangan, jadual gaji serta syarat lantikan bagi jawatan tersebut boleh dirujuk di post “Pegawai Penerangan S41“.

Format Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Di bawah kami sediakan format peperiksaan SPA dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penerangan S41. Perlu diingatkan, soalan-soalan yang kami kongsikan bukanlah soalan bocor, tetapi contoh-contoh soalan seakan soalan sebenar yang akan dijawab oleh calon-calon pada 1 Mac nanti.

Peperiksaan ini merangkumi empat (4) seksyen utama iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
  4. Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan ditemu duga.

Setiap calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Bagi calon yang perlukan segera ebook panduan ini, sila dapatkannya melalui link di bawah:

… atau lihat dahulu contoh-contoh soalan yang kami sediakan di bawah. Contoh soalan ini adalah yang terkini dari pihak SPA sendiri.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Berikut merupakan beberapa contoh soalan yang disediakan oleh Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab Pegawai Penerangan Gred S41 dalam memasarkan maklumat dan program Kerajaan untuk tujuan meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan.
Dalam seksyen ini juga calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, perlembagaan, undang-undang, pengurusan maklumat dan amalan komunikasi.

contoh-soalan-pegawai-penerangan-01
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik – Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

contoh-soalan-pegawai-penerangan-02
contoh-soalan-pegawai-penerangan-03

ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data – Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

contoh-soalan-pegawai-penerangan-04
contoh-soalan-pegawai-penerangan-05

iii) Konsep Matematik – Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

contoh-soalan-pegawai-penerangan-06
contoh-soalan-pegawai-penerangan-07

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Seperti biasa, rakan kerjasama kami tim Info Kerjaya sudah pun menyiapkan ebook panduan lengkap buat calon peperiksaan Pegawai Penerangan S41 pada 1 Mac nanti. Kami syorkan semua calon agar memiliki ebook tersebut.

Ebook tersebut disediakan dalam format PDF bagi memudahkan calon print dan membacanya di dalam komputer atau telefon pintar.

Anda boleh muat turun review copy dan ebook panduan lengkap peperiksaan melalui link di bawah:

Bagi calon yang menghadapi masalah mendapatkan ebook tersebut, bolehlah bertanyakan soalan di ruangan komen atau terus sahaja hubungi kami. Pastikan anda menggunakan emel yang sah bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda semula.

PENTING: Ebook ini dijual pada harga bermula RM40 sahaja. Jualan akan ditutup tepat jam 11.59 malam ini (27 Feb 2014). Diharapkan calon dapatkannya segera kerana tim Info Kerjaya tidak pernah menerima rayuan pembelian selepas tarikh jualan.

8 Comments

  1. syida 24 February 2014
    • Afiq Aimannaaim 24 February 2014
      • syida 24 February 2014
  2. ain 24 February 2014
    • Afiq Aimannaaim 24 February 2014
      • ain 24 February 2014
  3. Pingback: Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 24 February 2014

Leave a Reply