Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41

exam kastam wk41

Berikut merupakan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 seperti yang diedarkan oleh bahagian peperiksaan SPA.

Sebelum itu, kami di Laman Kerjaya mengucapkan setinggi tahniah atas kejayaan anda dipanggil menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ini.

Jika sebelum ini, peperiksaan Penguasa Kastam dijalankan secara bertulis, namun bagi peperiksaan kali ini, pihak SPA belum mengesahkan sama ada akan menjalankannya menggunakan sistem lama atau menjalankan peperiksaan online seperti peperiksaan Penolong Penguasa Kastam minggu lalu.

Peperiksaan Online Penguasa Kastam

Berpandukan jadual SPA, peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 akan diadakan pada 6 September 2014. Sebulan selepas peperiksaan ulangan Penolong Penguasa Kastam pada 13 Ogos 2014.

Peperiksaan ini tidak lain bertujuan mengukur daya pemikiran calon agar bersesuaian dengan jawatan Penguasa Kastam gred WK41.

Secara asasnya, peperiksaan ini mengandungi empat seksyen utama iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
  4. Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Kemaskini 23 Ogos 2014:
Peperiksaan ini akan diadakan secara online. Hanya melibatkan 3 seksyen sahaja – tanpa soalan esei. Seksyen A & B masih sama. Seksyen C diganti soalan PSIKOMETRIK.

Diharapkan semua calon isi maklumat di bawah supaya memudahkan kami berkongsi info dan maklumat peperiksaan dari semasa ke semasa.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam. Bagi anda yang mahukan lebih banyak contoh soalan seperti ini, sila dapatkan ebook rujukan Penguasa Kastam sebaik dilancarkan nanti.

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini menguji tahap kesedaran calon terhadap isu semasa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Calon dinasihatkan agar banyak membaca untuk skor seksyen ini. Masa yang diperuntukkan untuk seksyen ini cuma 40 minit untuk 50 soalan.

contoh soalan peperiksaan penguasa kastam

Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Fokus utama seksyen ini bagi menguji tahap daya menyelesaikan masalah dalam kalangan calon Penguasa Kastam W41. Masa yang diperuntukan bagi seksyen ini cuma 45 minit untuk 40 soalan. Terdapat beberapa item yang bakal diuji termasuklah:

  1. Kemahiran menggunakan logik
  2. Kemahiran menginterpretasi data
  3. Konsep matematik

Contoh Soalan Kemahiran Menggunakan Logik

contoh soalan penguasa kastam w41 contoh soalan penguasa kastam w41

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasi Data

contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-w41-02 contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-w41-03 contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-w41-04

Contoh Soalan Konsep Matematik

contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-w41-05 contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-w41-06

Contoh Soalan Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Seksyen ini melibatkan penulisan esei di mana calon diberikan 3 soalan, dan diminta menjawab salah satu daripadanya. Masa yang diperuntukan 1 jam.

Penilain dibuat berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Contoh soalan adalah seperti berikut:

“Cara-cara menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur”

Contoh Soalan Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Objektif utama seksyen ini bagi menguji tahap penguasan Bahasa Inggeris setiap calon Penguasa Kastam W41. Masa yang diperuntukan bagi seksyen ini juga 1 jam – calon diminta menjawab 1 daripada 3 soalan esei yang disediakan.

Contoh soalan adalah seperti berikut “Electronic Government in Malaysia”.

Kemaskini: Contoh Soalan Seksyen C – Ujian Psikometrik Kastam

Ramai yang tidak tahu apa itu ujian psikometrik.

Secara ringkasnya, untuk seksyen C ini, calon diminta menjawab 200 soalan ujian psikometrik dalam masa satu jam sahaja.

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan psikologi. Tujuan seksyen ini untuk mengukur personaliti calon. Contoh soalan adalah seperti berikut:

1. Dalam sebuah acara dan aktiviti, anda biasanya berbual dengan:
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja

2. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh:
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding undang-undang

3. Anda lebih suka acara yang dimulai dengan:
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

Banyak lagi contoh soalan ujian psikometrik di dalam ebook rujukan peperiksaan Kastam W41.

Dapatkan Ebook Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Seperti peperiksaan SPA yang lepas, kami akan menyediakan sebuah ebook rujukan khas bagi calon-calon peperiksaan Penguasa Kastam W41. Isi kandungan ebook ini termasuklah:

  • Contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam yang lebih lengkap beserta jawapan
  • Tips dan panduan peperiksaan Penguasa Kastam
  • Nota-nota berkaitan dunia kastam, dan bermacam lagi

Tak salah jika kami katakan ianya merupakan satu-satunya ebook panduan peperiksaan SPA yang disediakan oleh mereka-mereka yang berpengalaman membantu calon SPA sejak tahun 2009 lagi.

 

P/S: Contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam gred W41 ini merupakan contoh soalan yang diedarkan oleh pihak SPA melalui portal rasmi mereka. Anda boleh dapatkannya dalam bentuk PDF di sini. Polisi kami tidak membenarkan sebarang soalan bocor diedarkan sama ada melalui blog Laman Kerjaya mahupun ebook yang akan diedarkan nanti. 

6 Comments

  1. Fieza 22 August 2014
  2. kesevan 23 August 2014
  3. haru 25 August 2014
  4. Farid Laham 29 August 2014

Leave a Reply