Contoh Soalan PTD 2014: Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

contoh soalan ptd 2014 Contoh soalan PTD 2014 yang diedarkan oleh Bahagian Peperiksaan SPA boleh dimuat turun melalui portal rasmi www.spa.gov.my.

Contoh soalan PTD ini masih boleh diguna pakai sebagai rujukan untuk calon peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang akan menduduki exam online 23 November 2016.

Peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) akan diadakan pada 1 November 2014. Peperiksaan ini diadakan selepas peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27.

Pengenalan Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 merupakan penjawat awam yang bertugas di jabatan-jabatan perkidmatan awam seluruh Malaysia. Jawatan ini antara yang paling popular setiap tahun.

Secara ringkasnya, Pegawai Tadbir Diplomatik bertanggungjawab dalam merancang, menggubal, dan melaksanakan dasar-dasar awam merangkumi ekonomi, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Seperti dimaklumkan, peperiksaan online PTD akan diadakan awal bulan November. Bagi calon yang terpilih menduduki peperiksaan ini, tahniah kami ucapkan.

Statistik kami sepanjang membantu calon PTD sejak 2009 mendapati setiap tahun, lebih 70% calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 gagal! Salah satu punca kegagalan calon – tidak membuat persiapan peperiksaan – calon tidak berusaha mencari contoh soalan PTD tahun-tahun sebelumnya.

Peperiksaan ini dijalankan bagi mengukur kematangan pemikiran calon sebagai seorang bakal Pegawai Tadbir Diplomatik. Kelulusan peperiksaan ini juga merupakan syarat ke skim tersebut.

Peperiksaan PTD sebelum ini melibatkan empat kertas berasingan. Calon wajib menjawab kesemua soalan dan dinasihatkan agar tidak memfokuskan bahagian tertentu sahaja kerana penilaian dibuat berdasarkan prestasi keseluruhan calon.

Namun format peperiksaan online PTD sedikit berbeza kerana cuma melibatkan tiga seksyen sahaja. Tiada soalan esei tetapi digantikan dengan ujian psikometrik.

Contoh Soalan PTD 2014

Berikut kami kongsikan beberapa contoh soalan PTD tahun 2013. Soalan-soalan ini merupakan contoh soalan yang diedarkan oleh Bahagian Peperiksaan SPA.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

seksyen-a-ptd

Masa yang diperuntukan bagi seksyen ini sebanyak 45 minit untuk 50 bilangan soalan.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.

i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

seksyen-b-ptd-01

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

seksyen-b-ptd-02

iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

seksyen-b-ptd-03
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberi pandangan tentang sesuatu isu, contohnya – “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur”. Masa yang diberikan satu jam sahaja. Tiada had perkataan, jadi calon bebas melontarkan idea dan pendapat yang munasabah.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Sama seperti Seksyen C, calon diberikan masa selama satu jam untuk menyuarakan pendapat berkaitan sesuatu isu dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, calon diminta mengulas isu “Electronic Government in Malaysia”.

Daftar emel untuk review copy PERCUMA!

Rakan kerjasama kami, tim Infokerjaya Resources dalam proses akhir menyiapkan ebook rujukan PTD bagi membantu persediaan calon. Ebook ini merangkumi:

  • Contoh soalan PTD terkini yang lebih lengkap beserta jawapan
  • Tips dan panduan menduduki exam PTD
  • Nota ringkas jawatan PTD, dan maklumat yang anda perlu tahu

Sila daftar emel menggunakan form di bawah:

Perhatian Calon Exam PTD 2016

Perhatian Calon Exam PTD 2016

Jom sertai kami untuk dapatkan tips lulus exam PTD kali ni. Hanya daftar emel anda di bawah:

You have Successfully Subscribed!

Gambar: Flickr

One Response

  1. Uncle Zuan 19 October 2014

Leave a Reply