20 Idea Kerja Dari Rumah Ini Masih Menawarkan Gaji Tinggi

Tujuan utama kerja adalah untuk mencari duit. Jadi tak kisahlah di mana anda bekerja, apa pekerjaan anda, asalkan ianya halal!

Dengan adanya dunia teknologi yang berkembang pesat hari ini, impian untuk kerja dari rumah bukan lagi mustahil.

Kami yakin anda (terutama yang bergelar ibu) ingin sekali kerja dari rumah supaya dapat pantau anak-anak secara lebih dekat.

Namun di Malaysia tak banyak syarikat yang menawarkan fleksibiliti untuk pekerja bekerja dari rumah. Ramai majikan masih mahu pekerja masuk ke pejabat seperti biasa.

Nak belajar cara berniaga sampingan di rumah melalui Facebook? Klik sini

20 Idea Kerja Dari Rumah

Berikut kami kongsikan 20 pekerjaan yang boleh dibuat di rumah sahaja tetapi masih mampu memberi pendapatan atau gaji yang tinggi.

Idea kerja dari rumah ini memfokuskan khidmat “freelance” yang menjadi pilihan graduan bidang IT di Malaysia.

Sebagai contoh, dengan adanya kemahiran mengatur cara, anda memiliki peluang yang sangat cerah untuk menembusi pasaran antarabangsa. Di luar sana terdapat pelbagai platform untuk anda bekerja dari rumah dan dibayar dalam USD!

Anda juga boleh dapatkan panduan menjana pendapatan di rumah melalui link ini (klik untuk download).

kerja dari rumah

Kerja Sambilan di Rumah

Selain servis freelance, anda juga boleh membuat beberapa kerja sambilan di rumah. Antara yang menarik perhatian kami ialah bisnes dropship.

Dropship merupakan salah satu bisnes dari rumah yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar. Anda tidak perlu menyimpan stok, jadi tiada risiko stok tak terjual.

Selain itu, anda juga boleh belajar cara buat blog. Dengan blog juga anda mampu jana pendapatan sampingan di rumah. Mulakan blog yang anda minat, contohnya blog resipi, blog tentang penjagaan bayi atau blog tentang kereta.

Kami harap perkongsian ini dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan di rumah. Paling tidak RM300-RM500 sebulan pun sudah cukup ok, betul?

Sumber: BusinessInsider

Leave a Reply