Top 5 Kerja di Bidang IT Tahun 2014

Sekiranya bidang teknologi maklumat adalah pilihan anda, berikut kami kongsikan senarai top 5 kerja di bidang IT yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia sepanjang tahun 2014.

Salah satu kelebihan lain membina kerjaya dalam bidang IT adalah kemampuan untuk bekerja secara bebas. Baca kisah bagaimana seorang lelaki menjana RM5,000 – RM12,000 sebulan dengan hanya bertugas sebagai seorang IT Consultant – klik sini.

#1. Software Engineer

kerja-sebagai-software-engineer-malaysia
Kerjaya sebagai jurutera perisian atau software engineer selalunya melibatkan urusan reka bentuk, pembangunan, penyelenggaraan, dan penilaian perisian komputer dan sistem.

Bergantung kepada syarikat, tugas seorang jurutera perisian boleh terdiri daripada membangunkan aplikasi baru dan perancangan projek untuk menaik taraf perisian yang sedia ada dan menyediakan sokongan keselamatan.

Gaji Software Engineer di Malaysia:
Maksimum: RM8,600
Purata: RM5,656
Minimum: RM2,771

#2. Web Developer

kerja-sebagai-web-developer-malaysia
Pembangun laman web atau web developer adalah pengaturcara yang pakar dalam Internet dan pelayar aplikasi (browser), dan juga boleh memberi tumpuan kepada reka bentuk dan perjalanan laman web.

Bonus bagi anda yang mahir pengaturcaraan seperti .NET, Java, PHP, Silverlight, Flex, MySQL, dan SharePoint kerana permintaanya sedang tinggi sekarang.

Gaji Web Developer di Malaysia:
Maksimum: RM4,000
Purata: RM3,700
Minimum: RM3,400

#3. Network Systems Analyst / Network Engineer

kerja-sebagai-network-engineer-malaysia
Bergantung kepada syarikat, kedua-dua peranan boleh jadi berasingan atau satu dalam masa sama. Penganalisis sistem rangkaian (network systems analyst) memantau kecekapan sistem rangkaian syarikat – termasuk rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN), Internet dan Intranet – dan menubuhkan rangkaian seperti yang diperlukan.

Syarikat-syarikat tertentu melabelkan kedudukan penganalisis sistem rangkaian sama seperti seorang jurutera rangkaian (network engineer), manakala yang lain mengupah jurutera rangkaian untuk mengkonfigurasi infrastruktur dari awal, mereka bentuk dan melaksanakan rancangan untuk menubuhkan satu rangkaian baru.

Gaji Network Engineer di Malaysia:
Maksimum: RM10,100
Purata: RM5,148
Minimum: RM3,300

#4. Mobile Developer

kerja-sebagai-mobile-developer-malaysia
Antara kerjaya yang mendapat permintaan tinggi seiring perkembangan industri telefon pintar adalah pembangun mudah alih (mobile developer) berasaskan Android, iOS, dan Windows.

Pembangun mudah alih bekerja pada reka bentuk, back-end dan penciptaan aplikasi mudah alih, dan bergantung kepada syarikat itu, boleh termasuk hiburan, maklumat, komunikasi dan banyak lagi.

Gaji Mobile Developer di Malaysia:
Maksimum: RM4,000
Purata: RM3,700
Minimum: RM3,400

#5. IT Manager

kerja-sebagai-it-manager-malaysia
Kerjaya sebagai pengurus teknologi maklumat (IT manager) berbeza mengikut syarikat. Mereka sama ada bertanggungjawab bagi operasi IT dalaman atau lebih tertumpu kepada strategi penyelesaian berasaskan teknologi untuk para pelanggan.

Gaji IT Manager di Malaysia:
Maksimum: RM22,000
Purata: RM8,283
Minimum: RM2,800

33 Comments

  1. basir 23 October 2014
  2. aloyy 24 December 2014
  3. Syah 4 January 2015
    • aloyy 26 February 2015
  4. lisence94 31 January 2015
    • aloyy 26 February 2015
  5. samad 16 February 2015
    • aloyy 26 February 2015
  6. shah 4 March 2015
  7. dila 7 March 2015
  8. mizs mie 27 March 2015
  9. Kaz 5 April 2015
  10. miri 12 May 2015
  11. muhammad amirul arif bin othman 17 May 2015
  12. sheila 21 May 2015
    • khairul 26 May 2015
  13. Miyu 1 June 2015
  14. soleha 8 June 2015
    • Anonymous 17 May 2016
  15. Qaza 15 June 2015
  16. Muhamad Faiz 23 July 2015
  17. atiqah 5 August 2015
  18. Zira 7 August 2015
  19. lala 11 August 2015
  20. Mira 23 November 2015
  21. NUR SALSABILA BINTI MOHAMAD JAIDI 26 November 2015
  22. Nuri 20 February 2016
  23. Ashraf 8 March 2016
  24. Dee 26 March 2016
  25. SITI 3 April 2016
  26. shiqah 17 May 2016
  27. harire 31 May 2016
  28. Syalong 7 July 2016

Leave a Reply