Perhatian calon-calon peperiksaan online SPA 2017, berikut merupakan video cara-cara menduduki exam online SPA yang terkini diedarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Langkah 1 – Log masuk ke Sistem Peperiksaan Online

Sila log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan angka giliran seperti yang diemelkan oleh pihak SPA.

Langkah 2 – Lokasi Peperiksaan Diduduki

Sila pilih lokasi peperiksaan anda sama ada dalam Malaysia atau luar negara.

Langkah 3 – Mula Menjawab Soalan

Sila jawab kesemua soalan bagi meluluskan anda untuk ke peringkat seterusnya. Kesukaran soalan bergantung kepada gred jawatan masing-masing. Untuk info lanjut anda boleh rujuk contoh soalan Penguasa Kastam WK41.