Pegawai Tadbir Diplomatik: Maklumat Penting Jawatan PTD

pegawai tadbir diplomatik
Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan kumpulan pekerja pengurusan dan profesional gred M41 yang bertugas di jabatan perkhidmatan awam seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Pegawai Tadbir Diplomatik biasanya dilatih oleh Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali dengan nama singkatan INTAN.

Proses Pengambilan PTD

Bagi anda yang berminat untuk menjadi pegawai PTD, perkara pertama dan wajib yang perlu anda lakukan ialah daftar dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sama ada melalui Borang SPA 8 atau melalui portal rasmi mereka http://www.spa.gov.my.

Proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik ini akan melalui tiga peringkat, iaitu:

  1. Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik
  2. PTD Assessment Centre (PAC)
  3. Temuduga PTD

Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak menjawat jawatan PTD ini.

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik bertugas membantu kerajaan merencana dan melaksanakan dasar negara.

Kebiasaannya pegawai-pegawai PTD mengisi kekosongan jawatan-jawatan utama  di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

Syarat Lantikan PTD

Berikut merupakan syarat lantikan bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik seperti yang tertera di portal SPA.

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,422.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,733.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM3,044.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik

Jadual gaji pegawai PTD tahun 2014 adalah seperti yang tertera di bawah.

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM2,422.00RM9,631.00RM225.00

Rujukan Peperiksaan Online PTD 23 Nov 2016

Adakah anda salah seorang calon exam PTD 23 November nanti?

Jika belum pasti, anda boleh buat semakan di sini. Jika nama anda tersenarai, tahniah kami ucapkan!

Anda cuma perlu buat persediaan dari sekarang kerana jujur cakap, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik antara peperiksaan SPA paling susah sekali!

Kami akan bantu anda lulus dengan syarat anda merupakan ahli grup tertutup PTD yang kami anjurkan.

Jangan lupa isi form di bawah untuk terima update terkini tentang PTD.

Perhatian Calon Exam PTD 2016

Perhatian Calon Exam PTD 2016

Jom sertai kami untuk dapatkan tips lulus exam PTD kali ni. Hanya daftar emel anda di bawah:

You have Successfully Subscribed!

2 Comments

  1. myrujukan 7 July 2014
  2. Pingback: PTD Diminati Lulusan Universiti 12 September 2014
  3. HAFIZ 18 May 2015

Leave a Reply