Penguasa Kastam Gred WK41: Maklumat Jawatan, Gaji Sehingga RM9,585

penguasa kastam gred w41
Adakah anda calon peperiksaan Penguasa Kastam WK41 pada tahun ini?

Bagi calon peperiksaan kali ini, kami syorkan anda rujuk beberapa contoh soalan Penguasa Kastam W41 yang kami kongsikan beberapa hari lepas.

Di bawah pula kami kongsikan beberapa maklumat penting memulakan kerjaya sebagai Penguasa Kastam Gred WK41.

Kerjaya sebagai Penguasa Kastam

Penguasa Kastam merupakan kumpulan pekerja sektor awam yang bertugas di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terletak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan ekonomi negara selain memastikan pematuhan undang-undang secara cekap dan berkesan.

Jawatan yang ditawarkan JKDM termasuklah:

  • Penguasa Kastam Gred WK41
  • Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
  • Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Jadual gaji Penguasa Kastam adalah seperti berikut:

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,925.00RM8,685.00RM225.00

Syarat lantikan Penguasa Kastam Gred WK41

Terdapat beberapa syarat lantikan bagi jawatan Penguasa Kastam gred WK41. Antaranya:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan :RM2,094.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan :RM2,300.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan :RM2,819.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan :RM2,819.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan :RM2,923.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
    [ Gaji Permulaan :RM3,027.19 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bagi Penolong Penguasa Kastam, anda layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41

Pada 5 Ogos lalu berlangsungnya peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam. Namun atas beberapa sebab teknikal, pihak SPA bersetuju mengadakan peperiksaan ulangan pada 13 Ogos ini.

Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 pula dijadualkan berlangsung pada 6 Septemberย 2014. Beberapa maklumat yang kami terima memberitahu peperiksaan ini akan diadakan secara online, sama seperti peperiksaan Penolong Penguasa Kastam yang lepas.

Dapatkan ebook rujukan peperiksaan Kastam WK41

ebook kastam w41

Mahukah anda jika kami berikan satu naskah review copy ebook Penguasa Kastam W41 ini?

Apa kata anda daftarkan diri di bawah untuk menjadi salah seorang subscriber premium Kastam W41 dari blog Laman Kerjaya.

Faedahnya banyak! Antaranya, kami akan sentiasa mengemaskini sebarang update sepanjang musim peperiksaan ini melalui emel. Jadi hanya yang melanggan akan terima update tersebut.

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang. Cuma tinggalkan emel, nama dan nombor telefon sahaja.

P/S: Setiap pendaftaran akan menerima sebuah review copy ebook rujukan peperiksaan Penguasa Kastam secara PERCUMA!

7 Comments

  1. pemohon w41 13 August 2014
    • Afiq Aimannaaim 13 August 2014
      • pemohon w41 13 August 2014
  2. Pemohon W41 16 August 2014
    • Afiq Aimannaaim 16 August 2014
  3. connazleah 20 August 2014
    • fadiah 26 August 2014

Leave a Reply