Semakan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 23 Nov 2016

peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik
Berikut adalah maklumat lanjut peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 2016 yang akan dibuat pada 23 November nanti.

Semakan boleh dibuat di portal rasmi SPA www.spa.gov.my atau terus klik link semakan di bawah.

Tahniah dan syabas buat tuan/puan yang berjaya tersenarai sebagai calon exam PTD tahun ini.

Buat pengetahuan anda, peperiksaan PTD merupakan peperiksaan SPA yang menerima calon paling ramai setiap tahun – dan tahun 2014 merupakan kali pertama calon PTD akan menjawab peperiksaan ini secara online.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Format peperiksaan tahun ini berbeza daripada format peperiksaan bertulis sebelumnya di mana tiada soalan esei untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik – tetapi digantikan dengan ujian psikometrik.

Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga seksyen utama iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (35 minit)
  3. Seksyen C – Ujian Psikometrik (15 minit)

Contoh soalan bagi seksyen A & B ada kami kongsikan di artikel “Contoh Soalan PTD 2014“. Bagi ujian psikometrik pula, anda boleh rujuk artikel  “Contoh Soalan Ujian Psikometrik“.

Panduan Khas Exam PTD 2016

Pengalaman kami membantu calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sudah masuk tahun ke-5.
Jadi, kami faham benar soalan-soalan yang akan ditanya oleh calon setiap kali tiba musim peperiksaan PTD.

Walau bagaimanapun, bagi calon yang pernah menduduki peperiksaan online SPA sebelum ini – sebagai contoh peperiksaan online Kastam – kami rasa anda tidak ada masalah untuk jawab peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik 1 Nov nanti.

Buat masa ini, kami syorkan anda untuk mendaftar sebagai salah seorang ahli grup tertutup PTD anjuran blog Laman Kerjaya.

Perhatian Calon Exam PTD 2016

Perhatian Calon Exam PTD 2016

Jom sertai kami untuk dapatkan tips lulus exam PTD kali ni. Hanya daftar emel anda di bawah:

You have Successfully Subscribed!

Panduan khas sempena exam PTD yang disediakan dalam bentuk ebook akan mula diedarkan kepada semua ahli grup dalam masa terdekat. Jadi, daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup 23 November 2016.

Jika ada sebarang persoalan berkaitan peperiksaan ini, sila kemukakannya pada bahagian komen di bawah.

No Responses

Leave a Reply