Sukatan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Berikut adalah sukatan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 seperti yang tertera di portal rasmi Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.

Matlamat utama peperiksaan untuk pengesahan dalam jawatan di samping memastikan pegawai mempunyai pengetahuan dalam bidang tugas utama sebagai Penguasa Kastam Gred WK41.

Sukatan peperiksaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III.

Perhatian. Ini bukan silibus peperiksaan online Penguasa Kastam WK41. Peperiksaan ini adalah untuk pengesahan pegawai yang sedia ada dalam jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Untuk calon peperiksaan online Kastam WK41, anda boleh rujuk contoh soalan SPA di sini.

Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Bahagian I – Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Peperiksaan ini dikendalikan oleh JPA. Calon dikehendaki menjawab 10 soalan di mana lima soalan bagi setiap seksyen 1 & 2. Terdapat 7 soalan esei bagi setiap seksyen, masa yang diperuntukan adalah 3 jam.

Soalan-soalan yang akan ditanya adalah berdasarkan perkara berikut:

Seksyen 1:

  • Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan
  • Cuti
  • Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
  • Perubatan
  • Waktu Bekerja dan Lebih Masa
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – P.U. (A) 395
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 – P.U. (A) 1
  • Tatacara Kewangan
  • Tatacara Kelakuan
  • Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira
  • Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
  • Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009)

Seksyen 2:

  • Panduan Pengurusan Pejabat (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2007)
  • Arahan Keselamatan
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Bahagian II – Perlembagaan dan Undang-Undang AM

Soalan-soalan yang akan ditanya adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:

  • Perlembagaan Persekutuan Bahagian III, IV dan VI
  • Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358]
  • Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]
  • Akta Kontrak Kerajaan 1949 [Akta 120]
  • Akta Kontrak 1950 [Akta 136]
  • Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]
  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]

Bahagian III – Hal Ehwal Penguatkuasaan Kastam

Seksyen 1 – Kastam

  • Akta Kastam 1967
  • Akta Zon Bebas 1990
  • Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983
  • Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998
  • Peraturan-Peraturan Kastam 1977
  • Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012
  • Perintah Duti Kastam 2012
  • Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2013
  • Perintah Tetap Kastam

Juga akan ditanya beberapa soalan Eksais seperti:

  • Akta Eksais 1976
  • Peraturan-Peraturan Eksais 1977
  • Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesen) 1977
  • Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor Memabukkan) 1977
  • Perintah Duti Eksais 2012
  • Perintah Duti Eksais (Kenderaan bermotor)(Bayaran) 2012
  • Perintah Tetap Eksais

Seksyen 2 – Cukai Barang dan Perkhidmatan

Seksyen 3 -Penguatkuasaan dan Pematuhan

Seksyen 4 – Perkhidmatan Teknik

Seksyen 5 – Pengurusan

Soalan-soalan yang disediakan adalah seperti berikut:

Seksyen 1 – 3 soalan
Seksyen 2 – 3 soalan
Seksyen 3 – 3 soalan
Seksyen 4 – 3 soalan
Seksyen 5 – 3 soalan

Calon diminta menjawab 10 soalan iaitu 2 dari setiap seksyen. Masa diperuntukan adalah 3 jam sahaja.

Bahan-bahan rujukan adalah seperti mana yang dinyatakan dalam sukatan peperiksaan di atas. Atau anda boleh download file PDF di sini.

Leave a Reply