8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41

tugas pegawai tadbir diplomatik
Sebagai seorang calon PTD, anda perlulah tahu peranan dan bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik.

Secara jujurnya, bukan mudah untuk disahkan jawatan sebagai PTD.

Calon perlu melepasi beberapa peringkat ujian terlebih dahulu sebelum layak menjadi PTD. Salah satunya peperiksaan online PTD.

Calon PTD tahun 2014 terpaksa bersaing dengan lebih 70,000 orang calon lain bagi merebut kekosongan jawatan tersebut. Mereka wajib tahu skop kerja sebagai seorang PTD.

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Berikut kami kongsikan 8 bidang tugas utama sebagai PTD. Antaranya:

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Calon PTD wajib faham bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini dan seeloknya hafal – mana tahu terselit 2-3 soalan dalam peperiksaan nanti.

Proses Pengambilan PTD 2014

Proses pengambilan PTD pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya.

Jika sebelum ini, calon yang lulus peperiksaan bertulis PTD akan menghadiri PAC bagi ujian fizikal dan sebagainya. Namun, tiada PAC bagi tahun ini.

Maka, mana-mana calon yang lulus exam PTD 2014 akan terus dipanggil menghadiri temuduga, kemudiannya direkrut sebagai kadet PTD selama setahun.

Jadi, fokus utama anda sekarang adalah untuk lulus peperiksaan online PTD.

Kerjaya sebagai PTD

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang menjadi buruan graduan baru.

Ada beberapa faktor yang menjadikan kerjaya sebagai PTD ini menarik. Antaranya:

  1. Kenaikan pangkat bagi PTD lebih cepat berbanding jawatan perkhidmatan awam yang lain.
  2. Gaji PTD juga lebih tinggi jika dibandingkan jawatan lain
  3. Jika anda memilih untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka PTD adalah laluan yang tepat

Antara kelebihan lain menjadi PTD ialah:

  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Jangan lupa daftar emel anda di bawah untuk terima update terkini tentang peperiksaan online PTD 2015.

7 Comments

  1. Uncle Zuan 25 October 2014
  2. tarsvini 21 April 2015
    • Mr. Amin 10 June 2015
  3. Liuekimia 10 June 2015
  4. ambitious 18 June 2015
  5. ku hatyrah 2 February 2016
  6. Attila 2 March 2016

Leave a Reply