Sesi pengambilan bagi latihan separa perubatan hanya dibuat dua kali setahun iaitu Januari dan Julai sahaja. Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dibuat melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
Latihan separa perubatan menyediakan khidmat latihan untuk 13 jawatan termasuklah:
- Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Jururawat
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Makmal Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Tempoh latihan separa perubatan bagi sijil ialah 2 ½ tahun manakala bagi diploma adalah 3 tahun.
Jika anda sedang bekerja dalam perkhidmatan awam, anda masih boleh mengikuti latihan separa perubatan dengan cara membuat permohonan sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) asalkan tidak melebihi umur 38 tahun dari tarikh permohonan.
Syarat kelayakan mengikuti Latihan SPA Separa Perubatan
1. Akademik
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Umur
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Latihan bertaraf Sijil
3 daripada 13 jawatan yang disenaraikan di atas adalah latihan bertaraf sijil, iaitu:
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Syarat kelayakan bagi latihan bertaraf sijil ialah:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Umur calon untuk latihan bertaraf sijil
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai Sedang Berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
- Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Panduan Temuduga Separa Perubatan
Setiap tahun kami cuba sedaya upaya memberikan tips dan panduan menghadiri temuduga latihan separa perubatan. Sekiranya anda berminat untuk sertai komuniti calon-calon latihan separa perubatan anjuran blog Laman Kerjaya, mohon isikan nama & emel di bawah.
PLEASE INFORM FOR THE NEW INTAKE
i like to nursing and madical assisten