Laman Kerjaya

Pusat Maklumat Kerjaya

  • Penguasa Kastam
  • Dasar Privasi
  • eGUMIS
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami

Senarai Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia

23 February 2015 By Admin 4 Comments

gaji tinggi tanpa ijazah
Memiliki ijazah bukanlah lesen untuk anda mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia. Tambahan pula dengan lambakan graduan setiap tahun, purata gaji fresh grad hanyalah sekitar RM2,000 ke RM3,000 sahaja. Malah ada juga majikan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah daripada itu atas alasan tidak  ada pengalaman bekerja.

Namun begitu, bagi anda yang memiliki ijazah janganlah berasa kecewa sekiranya anda sedang bekerja dengan gaji yang rendah. Ada banyak kelebihan orang yang memiliki ijazah yang mungkin anda tidak tahu.

Yang tidak memiliki ijazah pula, jangan sedih kerana ada sahaja pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi walaupun tanpa ijazah.

Senarai pekerjaan gaji tinggi tanpa ijazah di Malaysia

Berikut kami kongsikan beberapa senarai pekerjaan gaji tinggi tanpa ijazah yang ditawarkan di Malaysia. Antaranya:

#1 – Juruterbang

Juruterbang atau pilot merupakan kerjaya profesional yang tidak perlukan ijazah. Namun, anda perlu memasuki kolej penerbangan di mana yurannya mencecah ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan lesen penerbangan seperti PPL, CPL dan ATPL. Gaji basic bagi juruterbang adalah sekitar RM4,000 ke atas.

#2 – Penasihat kewangan

Penasihat kewangan merupakan individu yang bertanggungjawab memberi nasihat tentang pelaburan kewangan anda – contohnya dalam pelaburan unit amanah. Kelayakan minima bagi jawatan ini cuma SPM sahaja manakala gaji boleh mencecah RM3,000.

#3 – Ajen insuran

Ramai yang tidak sukakan agen insuran yang kerap menelefon tanpa mengira waktu. Namun masyarakat hari ini sudah boleh menerima pentingnya insuran dalam kehidupan seharian. Kerjaya sebagai agen insuran bukanlah untuk memaksa prospek membeli, tetapi educate prospek tentang pentingnya memiliki insuran.

#4 – Ajen hartanah

Broker tanah dan broker rumah antara istilah yang selalu kita guna pakai bagi menggantikan agen  hartanah. Kelebihan menjadi agen hartanah bila mana untung aset yang kita jual kadang kala boleh mencecah 5-6 angka! Namun untuk menjadi agen hartanah, anda perlukan sijil yang diiktiraf.

#5 – Kerja di pelantar minyak

Kerjaya dalam bidang oil and gas semestinya menawarkan gaji yang lumayan. Padanlah dengan risikonya yang tinggi. Anda perlukan sijil dari CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi melayakkan anda bekerja sebagai:

  • Rig Operator
  • Welding Inspector
  • Welding QC Co-ordinator
  • Plant Inspector
  • Offshore Inspection
  • Non-destructive Testing
  • Plastics Welders
  • Welder

#6 – Safety and health officer

Sebagai safety and health officer, tugas mereka adalah memastikan keselamatan & kesihatan pekerja mengikut standard DOSH. Gaji pegawai ini mencecah RM4,000 sebulan.

#7 – Wireman

Wireman sangat penting bagi kerja-kerja berkaitan pendawaian elektrik dan pengujian di tapak industri. Mereka juga mempunyai beberapa peringkat ujian bagi membolehkan mereka mengendalikan litar satu atau tiga fasa – mengikut kawasan kediaman atau komersil.

#8 – Kerja di bidang IT

Tak semestinya anda perlukan ijazah untuk melayakkan anda menjadi software programmer. Kami pernah menerbitkan artikel tentang pekerjaan di bidang IT yang popular sepanjang tahun 2014. Kerjaya yang melibatkan pengaturcaraan seperti mobile app developer dan software programmer kebanyakkannya memerlukan kemahiran anda mengaturcara, bukanlah ijazah anda.

Pilihan di tangan anda!

Sebelum membuat permohonan kerja, pastikan resume anda ditulis dengan baik. Elakkan menulis kesalahan-kesalahan dalam resume yang kerap dilakukan pemohon kerja seperti anda.

Walau apa pun bidang kerjaya yang anda pilih, pastikan ianya berbaloi dengan kehidupan anda sekarang.

Ada orang cakap “tiada guna gaji banyak jika tiada life“. Ada orang yang memilih gaji banyak berbanding kehidupan. Ada pula yang memilih sebaliknya.

Yang penting adalah pendapatan itu datangnya dari sumber yang halal.

Comments

  1. Syahril Hafiz says

    16 March 2015 at 9:28 PM

    Tanpa ijazah tapi perlukan sijil yang 1/2 hampir mahal ambil ijazah. haha contoh seperti diatas. Nak kerja oil and gas gaji nak sedap sikit pun kena ambil kursus. Semua terpulang, nak jimat masa daripada belajar ijazah 4 5 tahun, keluarkan duit sikit, ambik course berkaitan kerja berkenaan, senang la dapat kerja gaji tinggi.

    Ini kalau nak ilmu kedekut, nak gaji mahal, baik pergi belajar baliklah..hehe nice sharing 🙂

    Reply
  2. myrujukan says

    20 March 2015 at 3:48 PM

    pasal wireman tu saya memang pernah dengar, gaji diorang memang mahal, x perlu ijazah pun

    Reply
  3. Index Apk says

    7 July 2015 at 12:23 AM

    ternyata masih ada kerja gaji tinggi tanpa ijazah

    Reply
  4. Isma says

    11 February 2016 at 8:46 PM

    Bila baca artikel diatas, menambahkan semangat saya untuk mencari pekerjaan yg bergaji tinggi tanpa ijazah, master mahupun PhD. Mungkin lepasan SPM saya akan cuba.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Kami di Facebook

Kami di Facebook

Artikel Terkini

  • Contoh Soalan PTD 2019: Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Koleksi Soalan Ujian Psikometrik PTD 2014
  • Contoh Soalan Ujian Psikometrik Kastam W41
  • Top 5 Kerja di Bidang IT Tahun 2018
  • 10 Pekerjaan Gaji Paling Tinggi di Malaysia

Paling Popular

  • Top 5 Kerja di Bidang IT Tahun 2018
  • 8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Penguasa Kastam Gred WK41: Maklumat Jawatan, Gaji Sehingga RM9,585
  • Senarai Agensi Kerajaan Tanpa Perlu SPA
  • Penolong Juruaudit W29: Maklumat Jawatan, Contoh Soalan & Peperiksaan Online

Menarik di Laman Kerjaya

contoh soalan PTD
ujian psikometrik ptd
contoh soalan ujian psikometrik kastam w41
penerbit rancangan b29

Ditulis dengan penuh oleh Laman Kerjaya dengan kerjasama Negaraku.