Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Calon boleh membuat semakan di sini.
Secara ringkasnya, Penolong Akauntan merupakan penjawat awam kumpulan sokongan yang bertugas di Jabatan Akauntan Negara.
Terdapat beberapa peringkat gred bagi jawatan tersebut. Antaranya:
- Gred W27 (Gaji sekitar RM1,209 – RM3,409)
- Gred W32 ( Gaji sekitar RM2,416 – RM3,914)
- Gred W36 (Gaji sekitar RM3,005 – RM4,916)
Calon yang berminat menjadi Penolong Akauntan perlu melalui beberapa fasa utama iaitu peperiksaan online Penolong Akauntan W27 dan temuduga Penolong Akauntan.
Hanya calon yang LULUS peperiksaan Penolong Akauntan sahaja layak dipanggil menduduki sesi temuduga jawatan tersebut.
Panduan Lengkap Peperiksaan Online Penolong Akauntan
Berikut kami sediakan beberapa panduan lengkap sempena peperiksaan SPA 21 Oktober ini. Panduan ini merangkumi sukatan peperiksaan, contoh soalan dan banyak lagi!
Peperiksaan Penolong Akauntan mengandungi tiga seksyen utama iaitu Seksyen A (Pengetahun Am), Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Ujian Psikometrik.
Perlu kami ingatkan di sini, calon diminta agar tidak memfokuskan sesuatu bahagian sahaja kerana penilaian dibuat berdasarkan prestasi keseluruhan calon.
Contoh Soalan Penolong Akauntan
Untuk dapatkan contoh soalan Penolong Akauntan tahun-tahun sebelum ini, anda boleh layari link berikut:
[+] Contoh Soalan Penolong Akauntan W27
Contoh soalan ini disediakan oleh Bahagian Peperiksaan SPA dan merupakan contoh soalan bagi peperiksaan tahun-tahun sebelum ini.
Panduan Menjawab Soalan Penolong Akauntan
Calon yang bakal menduduki peperiksaan ini datang dari pelbagai bidang akademik. Maka soalannya juga akan meliputi kesemua bidang.
Mungkin akan ada beberapa soalan yang sangat sukar dijawab. Jika berlaku perkara tersebut, kami nasihatkan calon agar tidak membuang masa, terus sahaja menjawab soalan berikutnya. Sekiranya masa mengizinkan, kembali ke soalan tersebut.
Bagi soalan objektif pula, calon diminta agar memilih jawapan yang paling tepat.
Download Ebook Akauntan W27
Setiap kali tiba peperiksaan online SPA, kami dengan kerjasama tim Infokerjaya PLT akan menyediakan sebuah ebook panduan lengkap peperiksaan. Bagi calon peperiksaan online Penolong Akauntan W27 yang berminat untuk download ebook (PDF) ini, anda boleh isikan form di bawah:
P/S: Ebook akan diemelkan kepada anda sebaik diterbitkan kepada umum.
[…] Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dijangka berlangsung pada 24 Mei 2014. Peperiksaan ini diadakan selepas peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27. […]